Walaupun terdapat beberapa faedah yang boleh diperolehi dari pemakanan vitamin, mineral dan antioksidan yang berterusan, kita mesti memahami bahawa makanan nutrisi tambahan dicipta untuk membantu untuk memastikan kesihatan optima dan sebagai pemangkin untuk meningkatkan keupayaan badan melawan penyakit-penyakit terutama yang kronik.
Walaupun terdapat banyak laporan mengenai keberkesanan sesebuah produk makanan nutrisi, produk-produk seperti ini tidak boleh dipasarkan sebagai boleh melambatkan atau memperbaiki keadaan kesihatan seorang pesakit. Produk makanan nutrisi tambahan dicipta dan direka sebagai penyelenggaraan fungsi-fungsi tubuh badan seperti jantung, perut, prostat, otak, saraf dan kesihatan umum.
Semua sel di dalam tubuh menggunakan vitamin dan mineral serta antioksidan untuk melindungi bahagian-bahagian sel seperti membran, protein, lipid, DNA, kolagen dan kolesterol dari kerosakan oksidatif (oxidative damage). Ia membantu dalam proses membaikpulih sel dan seterusnya membolehkan ia berfungsi dalam keadaan yang optimum.
Apabila sel-sel berfungsi dalam keadaan optimum, begitu juga dengan organ dan sistem tubuh. Kesannya, seluruh badan akan berfungsi sepertimana sepatutnya dan kesihatan boleh dikekalkan lebih baik daripada tanpa mengambil makanan nutrisi tambahan.
Pemakanan supplemen boleh meningkatkan tenaga
Dengan memulakan sebuah program makanan nutrisi tambahan yang berspektrum lengkap dengan multivitamin, mineral dan antioksidan berkualiti tinggi pada tahap optimum, seseorang boleh menyedari akan perbezaan tahap kesihatannya dalam masa beberapa hari, minggu, bulan atau kemungkinan tiada langsung.
Sesetengah orang akan merasa peningkatan tenaga, ketenangan fikiran dan peningkatan prestasi dengan penggunaan makanan nutrisi tambahan ini. Malah terdapat juga orang-orang yang lebih dramatik kesannya ke atas mereka.
Akan tetapi, terdapat sesetengah orang pula tidak dapat merasai atau menyedari apa-apa kesan dari pengambilan makanan nutrisi tambahan ini. Bagaimana kita hendak menjelaskan perkara ini kepada mereka? Kepada orang-orang seperti ini, harus diingat bahawa seseorang itu mungkin tidak merasai apa-apa perbezaan dari pembaikpulihan pada tahap mikroskopik seperti perlindungan kepada sel dan DNA dari tekanan oksidatif.
Sama ada seseorang itu merasainya atau tidak, makanan nutrisi tambahan telah terbukti secara saintifik menjalankan tugasnya. Selagi mana makanan nutrisi tambahan ini diambil setiap hari secara konsisten, seseorang itu akan merasai juga faedah pengambilannya akhirnya.
Kebanyakan orang tidak akan mengalami kesan sampingan apabila memulakan program pemakanan nutrisi tambahan. Walau bagaimanapun, akan ada orang yang sensitif kepada bahan-bahan makanan tertentu. Jika seseorang mengambil dos-dos magnesium atau vitamin C yang terlalu tinggi pada satu-satu masa, mereka boleh mengalami cirit-birit. Amalan pengambilan makanan nutrisi tambahan yang baik adalah untuk mengambil dos-dos yang kecil sahaja dan di sebarluaskan dalam sehari. (Contoh; pagi, tengah hari dan malam).
Apabila tubuh sudah biasa dan kesan sampingan tidak lagi dirasai, barulah dos-dos makanan nutrisi tambahan ini boleh dipertingkatkan selaras dengan keperluan seseorang. Antara kesan-kesan sampingan yang mungkin dirasai oleh seseorang yang baru memulakan program makanan nutrisi tambahan:
Cirit-Birit
Kerapkali disebabkan oleh Vitamin C, magnesium dan fiber. Cuba kurangkan dos-dos magnesium dan fiber, menyebarluaskan pengambilannya dalam sehari dan meningkatkan dosnya secara perlahan-lahan dalam masa beberapa minggu. Jika masalah ini berterusan, kurangkan lagi pengambilannya. Pastikan bahawa kita tidak keliru masalah cirit birit kerap disebabkan pengambilan makanan nutrisi tambahan ini dengan cirit birit air yang merupakan suatu penyakit.
Keletihan boleh diatasi dengan pemakanan supplemen
Kepenatan/Lembab
Ramai orang mungkin merasai peningkatan tenaga selepas mengambil makanan nutrisi tambahan, dan ada juga yang tidak merasai apa-apa perbezaan. Malah terdapat orang yang akan merasa sedikit kepenatan/lembab pada permulaannya. Ini adalah kesan transisi kecil yang berlaku disebabkan oleh penyelarasan sistem metabolisme. Ini juga boleh dijelaskan sebagai penambahbaikan sistem enzim tubuh. Walau apa pun ia bukanlah kesan yang berpanjangan (selalunya kurang daripada dua minggu sahaja). Faedah pengambilan makanan nutrisi tambahan adalah berbaloi jika diteruskan.
Sakit Kepala
Sesetengah orang akan mengalami sakit kepala yang ringan. Ia kerap berlaku dan janganlah kita secara automatik mengaitkannya dengan pengambilan nutrisi tambahan. Walau bagaimanapun, seperti dinyatakan awal tadi, sesetengah orang akan sensitif kepada sesuatu bahan makanan atau lebih. Dengan penambahbaikan enzim yang disebabkan oleh makanan nutrisi tambahan, orang-orang yang kurang nutrisi dalam tubuhnya boleh mengalami sakit kepala. Selain itu, ia juga disebabkan oleh dehidrasi. Meminum lebih banyak air setiap hari adalah sebahagian daripada diet yang sihat. Tanpa amalan ini, seseorang mungkin akan mengalami sakit kepala.
Ada juga orang yang sensitif kepada bahan biokimia yang terdapat di dalam buah anggur merah menyebabkan sakit kepala. Mereka juga mengalami sakit kepala selepas meminum jus anggur merah ataupun tablet ekstrak biji anggur. Jika ini berlaku, ambillah dos-dos yang kecil sahaja sehingga tidak lagi mengalami sakit kepala. Selepas itu tambahkan dos beransur-ansur dalam beberapa minggu dan pantau kesannya. Selalunya masalah sakit kepala ini sementara sahaja paling lama pun 2 minggu. Saya mencadangkan supaya bersabar dan terus mengambil makanan nutrisi tambahan kerana kesan transisinya hanya sementara sahaja.
Kesan sampingan hanya sementara sahaja
Rasa Loya/Sakit Perut
Selalunya berlaku jika makanan nutrisi tambahan diambil apabila perut kosong. Ia sepatutnya diambil selepas makan bukan sahaja untuk mengelakkan rasa loya/sakit perut, tetapi meningkatkan penyerapan nutrisi juga. Teruskan pengambilan dengan cara yang betul dan jangan terus berhenti jika kesan berterusan. Cuma sebarluaskan pengambilan dalam sehari atau kurangkan sahaja dos.
Ruam/Gatal-Gatal Kulit
Kadangkala, vitamin-vitamin B boleh menyebabkan ruam dan gatal-gatal. Pengambilan niasin juga menyebabkan masalah kulit ini. Jika berlaku, cuba kurangkan pengambilan makanan nutrisi tambahan sehingga tiada lagi ruam dan gatal-gatal ini. Masalah ini tidak serius dan jika perlu sapukan krim ruam yang mudah didapati di farmasi.
Makanan nutrisi tambahan juga tidak mengganggu mereka yang sedang dalam rawatan dan mengambil ubat-ubat lain. Tetapi ada beberapa pengecualian dan kita harus mendapatkan nasihat doktor. Walau bagaimanapun dalam mendapatkan nasihatnya, tanyalah dahulu sama ada doktor tersebut berpengetahuan atau tidak mengenai faedah makanan tambahan nutrisi dengan penggunaan terapeutik vitamin, mineral dan antioksidan ini.
Kebanyakan orang terkeliru dengan nasihat doktor yang tidak berpengetahuan dalam bidang makanan nutrisi dan seterusnya terus berhenti dari mengambilnya. Saya bukanlah mahu semua orang mengingkari nasihat doktor tetapi sekadar mahu kita sedar bahasawanya jika doktor tidak mahu memberi nasihat tentang perkara yang baik seperti makanan nutrisi tambahan ini disebabkan malas melakukan kajian dan rujukan di luar bidangnya, maka adalah lebih baik kita sendiri yang mencari alternatif. Jika bukan kita yang menjaga kesihatan diri dan keluarga kita maka siapa lagi yang boleh diharapkan?
Nota: Semoga artikel ini dapat membuka hati dan minda anda untuk mencuba Usana, sebuah jenama makanan nutrisi tambahan nombor satu di dunia. (Dari buku Lyle MacWilliam berjudul Nutrisearch Comparative Guide Nutritional Supplements yang membandingkan lebih 1,500 makanan nutrisi tambahan pelbagai jenama).
No comments:
Post a Comment